Siapa yang tidak kenal dengan Ais Batu Campur? Makanan yang lebih dikenali sebagai ABC ini cukup terkenal serta digemari seluruh rakyat Malaysia.
ABC ini amat sesuai untuk dinikmati pada waktu siang lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Namun, tahukah kita tentang sejarah ais batu campur ini?
Berdasarkan tweet oleh Puan Eleena M, beliau berkongsi tentang sejarah bermulanya ais batu campur. Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi mengenai pelbagai jenis ais batu campur yang ada di seluruh dunia.
Berikut ialah perkongsian Puan Eleena:
SEJARAH AIR BATU CAMPUR (DAN PELBAGAI JENIS MANISAN AIS KEPAL SELURUH DUNIA)
Air batu campur adalah nikmat yang paling digemari oleh orang ramai ketika musim panas. Di 🇵🇭 ada halo-halo, di 🇯🇵 ada kakigōri, di 🇮🇩 ada es teler, di 🇰🇷 ada patbingsu.
Dari mana ia bermula? pic.twitter.com/CXaitL2msx
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Ada pelbagai nama tentang juadah ini di pelbagai negara.
Di Jepun, namanya kakigōri, di Korea, patbingsu. Di China namanya baobing, di Filipina halo-halo, di Indonesia es teler, di Malaysia ABC (air batu campur), di Itali ada grettachecca. pic.twitter.com/ZNJF5rYHh3
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Jadi disebabkan ada pelbagai jenis juadah ini dari pelbagai negara, tetapi siapa yang mula dulu.
Jadi kita terus sahaja ke Empayar Rom.
Empayar Rom pada tahun 54 diperintah oleh seorang yang esentrik bernama Nero. pic.twitter.com/hWoQD4RivC
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Nero pernah membakar bandar Rom dan menuduh orang Kristian yang membakarnya, sekaligus menjadikan orang Kristian sebagai kambing hitam.
Menjadi maharaja pada usia 16 tahun, jadi semua keputusannya berdasarkan akalnya yang kebudak-budakan. pic.twitter.com/g2g0aCwfuL
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Satu hari, cuaca panas di Rom, dan Nero rasa dahaga. Puas seluruh dayang istana cuba untuk memuaskan dahaganya, namun Nero tidak berpuas hati dan mengarahkan tentera untuk mengambil ais dari pergunungan Alps ke Rom untuk minumannya.
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Dengan menggunakan zink, dan bahan penebat haba seperti serbuk kayu, tentera Rom berjaya membawa ais dari pergunungan Alps ke Rom yang jaraknya 700 kilometer.
(Tak boleh bayangkan berapa banyak bongkah ais yang dibawa untuk segelas kecil untuk Maharaja Nero).
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Penemuan dan cara untuk menebat suhu ais ini kemudiannya popular di seluruh Empayar Rom. Dan di sini bermulalah juadah ais yang dituang dengan madu.
Dalam masa sama, di sebelah Timur, Empayar Han di China juga berdagang dengan Rom. pic.twitter.com/cMByErcfBS
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Melihat juadah ini popular di Rom, mereka membawa resipi serta teknik menyimpan ais, dan maharaja China pun arahkan supaya diambilnya ais di Banjaran Himalaya seperti Nero mengarahkan tenteranya mengambil ais di Banjaran Alps.
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Namun, yang mempercantikkan dan menyedapkan juadah ini ialah orang Jepun.
Tidak seperti Rom yang hanya letak madu, dan China pada zaman Han juga begitu, Jepun meletakkan dengan pelbagai perisa seperti teh hijau, kacang merah, dan tepung pulut. pic.twitter.com/IN3WYYEqd1
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Tidak seperti jarak antara pergunungan Alps ke Rom yang sejauh 700 kilometer, dan pergunungan Himalaya ke Xi'an yang beribu kilometer, Kyoto betul-betul di sebelah Gunung Heie yang memang ada salji (pada masa tu).
Dan keliling Jepun ada gunung yang ada salji dan tak perlu… pic.twitter.com/Ux2Ivvteiq
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
…bawa dengan jarak yang jauh. Ini menjadikan inovasi resipi ini lebih baik di Jepun pada zaman Heian daripada di tempat asal di Rom ataupun di China.
Ia kemudian ditambahbaikkan lagi oleh orang Korea yang meletakkan kacang merah dan namanya patbingsu. pic.twitter.com/KMDs120pZH
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Patbingsu muncul pada zaman Joseon, dan orang Korea meletakkan susu untuk ia lebih lazat. pic.twitter.com/Qu5xwFIsvV
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Sehinggalah William Cullen dari Scotland mencipta peti sejuk.
Saya ada menulis tentang William Cullen dalam thread Cendol, mohon baca di sini:https://t.co/tfzPYRiqKC
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Dengan terciptanya peti sejuk, ais kini boleh dihasilkan sendiri tanpa dibawa dari gunung. Apabila peti sejuk ini berada di negara tropika, maka terhasillah juadah ini, dari Hawaii ke Filipina, Malaysia dan Indonesia, mereka pun mencipta resipi mereka berdasarkan kreativiti. pic.twitter.com/QeIU9IVm3r
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Di Filipina, halo-halo dari pengaruh kakigōri di Jepun (dan Filipina yang lebih dekat dengan Ryukyu dan Taiwan), cuma mereka mencipta aiskrim yang diperbuat dari keladi. pic.twitter.com/SOjJkV5erg
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Di Indonesia ada es teler, yang meletakkan isi nangka dan isi kelapa muda serta santan, dan di Malaysia pula ada air batu campur yang meletakkan sirap, kacang, lengkong, serta susu cair. pic.twitter.com/NkXrUgGH8j
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Sebagai tambahan, Puan Eleena juga mengatakan bahawa segala maklumat ini beliau dapatkan daripada kebanyakan buku seperti History Of Food oleh Maguelonne Toussaint Samat.
Kebanyakan dari buku, seperti buku History Of Food oleh Maguelonne Toussaint Samat. pic.twitter.com/QhLPNStOUn
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) April 28, 2020
Sumber: Puan Eleena M