Siakap Keli

Bosan Warna Perabot Sama, Ini Trik Super Jimat Bermodalkan RM100 Untuk Deko Ruang Baru

Sepanjang hari-hari dekat rumah ni, mata dah mula rambang tengok ramai orang share hias-hias rumah sepanjang PKP ni dekat Facebook. Cantik betul, pandai dorang deko.

Tapi, bila kita pula tengok sekeliling rumah, bosannya tengok warna sama je, nak beli perabot baru pun dah tak tahu nak letak mana. Nak buang atau jual perabot lama sayang, sebab masing-masing ada sentimental value.

via GIPHY

Susah-susah sangat kita cat je lah perabot tu. Tapi, boleh ke cat perabot? Bukan dinding je ke boleh cat? Jom ikuti perkongsian dibawah.

Jimat masa dan duit dengan Nippon Paint Odourlite Soft Matt Finish

Kita selalu perasan, kalau tukar je warna dinding rumah terus nampak baru dan fresh. Cubalah tengok sekeliling kita tu, dinding putih, perabot pun nampak kusam.

Dah tiba masa kita makeover dan cipta ruang baru yang lebih fun. Rumah cantik, hati pun happy.

Untuk makeover ni, Nippon Paint Odourlite Soft Matt Finish menjadi pilihan. Bagi yang tak tahu, Nippon Paint Odourlite Soft Matt Finish sangat sesuai untuk mengecat permukaan kayu dan besi dengan pengunaaan primer yang betul.

Dah ready nak mula? Langkah pertama pilih warna cat idaman hati.

Untuk variasi warna cat, boleh rujuk tengok di sini.  Banyak sangat warna yang korang boleh pilih. Tapi hari ni, kita nak guna warna Tremont Blue. Nampak lebih classy dan garang sikit.

Langkah kedua

Tanggalkan segala pemegang (handle) yang ada pada perabot tu. Ini untuk mudahkan kita nak apply cat nanti. Semua permukaan kena licin.

Langkah ketiga

Gosokkan permukaan menggunakan kertas pasir supaya rata dan perlekatan cat yang lebih kukuh. Selepas tu, bersihkan permukaan kabinet sebelum mengecat. Kita taknak habuk ataupun sebarang kotoran yang ada pada permukaan kayu ni mencacatkan cat nanti.

Langkah keempat

Langkah paling penting, gunakan Nippon Paint Odourlite Undercoat pada rak tersebut secara perlahan-lahan.

 

Info tambahan: Nippon Odourlite Undercoat adalah lapisan bawah alkyd yang diubahsuai dengan minyak bau rendah tanpa plumbum dan merkuri. Disarankan untuk permukaan logam, kayu dan permukaan yang dicat sebelum mengecat Nippon Odourlite Gloss Finish atau Nippon Odourlite Soft Matt Finish.

Langkah kelima

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sapukan Cat Nippon Paint Odourlite Matt Finish mengikut warna kegemaran. Ia khusus untuk permukaan kayu dan logam. Biarkan ia kering.

Secara automatik, ruang menempatkan kabinet ni nampak lebih segar. Letak pula dengan pokok-pokok hidup.  Berseri-seri terus rumah. Takdelah bosan duduk rumah asyik tengok ruang dan perabot yang sama.

Kalau tahu perabot besi atau kayu boleh dicat semula, tak payahla fikir-fikir lagi nak beli perabot baru. Kita make-over je sementara ada masa free ni dan ajak anak-anak join sekali tolong kita cat sepanjang tempoh PKP ni. Dorang pun mesti seronok.

Untuk rangkaian yang mesra kanak-kanak dan kurang berbau, anda boleh memilih daripada rangkaian di bawah. Ianya lebih selamat untuk anda sekeluarga. Antaranya:

  • Nippon Paint VirusGuard  – Cat anti-virus ertama di Malaysia yang secara aktif menghalang penyebaran virus dan bakteria untuk permukaan dinding.

  • Nippon Paint Hydro Finish – Cat anti-bakteria untuk permukaan kayu dan logam serta mempunyai kelebihannya yang kurang berbau.

Semua pun tahu situasi sekarang membuatkan mungkin segelintir daripada kita rasa stress sebab perlu duduk rumah dalam tempoh masa lama. Apa kata mulai esok, cuba plan dengan anak-anak sama-sama kita ceriakan rumah.

Rumah satu-satunya tempat kita berlindung dan rasa paling selamat, jadi mengubah ruang dan wajah kediaman kita antara terapi diri. Dengan rangkaian cat dan warna daripada Nippon Paint, pastinya membawa ‘kebahagian’ kepada kediaman.

Untuk mulakan ‘Ruang Baru’ korang, layari laman web Nippon Paint dan dapatkan pelbagai tips dan inspirasi makeover dengan variasi produk yang selamat dan mesra alam.

Nur Farra