Walaupun terpaksa berkorban dan menempuh pelbagai keadaan, para food rider sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Dalam keadaan perintah berkurung dan Perintah Kawalan Pergerakan pada ketika ini, khidmat mereka sangat diperlukan kerana orang ramai sudah tidak boleh keluar rumah.
Sedar akan penat lelah mereka, ada juga sesetengah orang yang baik hati dengan ‘menghadiahkan’ makanan yang dipesan kepada golongan food rider.
Keadaan ini dialami oleh seorang food rider di Singapura. Dia nyata terharu dengan kebaikan seorang lelaki yang memesan makanan khusus untuknya.
Menerusi laman Twitter, Malik_Matin berterima kasih kepada lelaki tersebut.
Sebelum ni banyak tengok pelanggan belikan makanan untuk riders lain dan hari ini saya menjadi salah seorang dari mereka.
First night of Ramadhan and blessed this man right here whoever you are.Seen a lot of tweets and post circulating about customers buying food for dispatch riders or other people and today I am one of them 😥 pic.twitter.com/DyoXTPXXY8
— M&M (@malik_matin) April 23, 2020
Sumber: Malik_Matin