Kucing merupakan haiwan peliharaan bukan sahaja kerana berbulu lembut dan berwajah comel, tetapi juga kerana keletahnya yang amat menghiburkan. Ia juga boleh menjadi sahabat dan teman bermain ketika kesepian.
Malah, dengan karakternya yang tenang dan bijak, ia mampu membuatkan sesiapa saja jatuh sayang ketika memandangnya. Tapi, mesti ada yang naik angin apabila kucing kesayangan tiba-tiba kencing atau berak merata-rata hingga meninggalkan bau yang busuk.
Sama ceritanya dengan seorang gadis yang berkongsi mengenai keletah kucing kesayangannya meninggalkan najis didalam bekas beras pulut milik ibunya.
Kenapa kau berak dalam beras pulut nak buat kuih ! Dah satu rumah mulut mak aku 😩 pic.twitter.com/bYAQiK57kk
— Yhn (@IYuyuhxnx) April 29, 2020
Betapa clean nya lusoh buat benda ni takde sekutil pun pulut melekat dekat bontot dia 😡
— Yhn (@IYuyuhxnx) April 29, 2020
Tak habis dengan si lusoh aku kat luar berhujan² alih kereta puti dekat dalam curi cheeseball untuk berbuka 😭 pic.twitter.com/XQ2k6d6Yo4
— Yhn (@IYuyuhxnx) April 29, 2020
Sumber: Iyuyuhxnx