Pada waktu dahulu semasa kita berumur 10 tahun, apa agaknya aktiviti yang kita sering lakukan?
Bila terkenang zaman kanak-kanak, jauh berbeza dengan apa yang ada pada masa ini.
Segalanya lebih digital berbanding baju comot dengan pasir, dan selipar putus kerana main kejar-kejar.
Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang kanak-kanak mempamerkan ‘skill coding’.
My kid showing how he changed the offline Chrome Dino into Sonic. pic.twitter.com/veYYegCqv5
— Sue Anna Joe (@sueannajoe_) April 29, 2020
Video yang dikongsi oleh Sue Anna Joe, dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu menunjukkan kemahiran anaknya menukar offline Chrome Dino kepada watak Sonic The Hedgehog.



Rata-rata pengguna Twitter yang lain dilihat kagum dengan kemahiran kanak-kanak tersebut.
Menurut Sue, anaknya itu hanya belajar tentang coding melalui laman Youtube.




Sumber: Sue Anna Joe