Adakah kita semua pernah melihat ibu atau isteri anda masak di dapur berseorangan? Pernahkah anda cuba untuk membantu mereka di dapur?
Jika kita fikirkan semula, pelbagai kerja yang ibu atau isteri ini lakukan demi memastikan segenap rumah berada dalam keadaan bersih daripada bilik hinggalah ke dapur.
Perkongsian seorang individu menggunakan nama @sfeanrdin_ di Twitter menceritakan betapa penatnya memasak di dapur berseorangan jika tanpa sebarang bantuan.
Masak ni penat sebenarnya, nak nak bila masak sorang. Dia prepare bahan bahan semua tu, dia juga nak kena siang ikan, kang dia juga cuci periuk belanga then nak hidang lagi. So kalau ada yang terkurang dalam masakkan dia jangan kutuk tau, Kesian lah sikit. Appreciate please.
— ♡ (@sfeanrdin_) April 29, 2020
Berdasarkan tweet itu lagi, dia juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa membantu mengemas meja atau mencuci pinggan mangkuk selepas makan.
“Korang tolonglah kemas meja/cuci pinggan sama-sama after berbuka, common sense biar tinggi sikit bulan-bulan baik ni ya,” katanya.
and korang tolong lah kemas meja/cuci pinggan sama sama after berbuka 🙂 common sense biar tinggi sikit bulan bulan baik ni ya.
— ♡ (@sfeanrdin_) April 30, 2020
Kita sebagai seorang anak ataupun suami seharusnya menghulurkan pertolongan walaupun sedikit kerana semestinya mereka sebagai ibu atau isteri merasa penat selepas mengerahkan tenaga di dapur.
Sumber: @sfeanrdin_