Apabila berlaku satu insiden di mana seorang pemilik kereta melanggar kereta pemilik yang lain tanpa sengaja, pasti mereka akan cuba menyelesaikan dengan cara yang baik.
Namun, berbeza dengan satu keadaan yang berlaku di negara Singapura. Baru-baru ini, tular di laman media sosial berkenaan satu video yang dimuatnaik oleh All Singapore Stuff.
Video berdurasi 29 saat itu menunjukkan sebuah kereta ‘diconteng’ dengan marker pen. Yang peliknya, tulisan itu dipercayai sebagai tanda permohonan maaf oleh individu tersebut selepas melanggar kereta terbabit secara tidak sengaja.
“Maaf, saya melanggar kereta anda semasa mengundur” tulis individu tersebut.




Melalui post tersebut, ramai pengguna Facebook yang dilihat mengecam tindakan individu yang dikatakan tidak bertanggungjawab itu.
Reversed banged car, then write sorry
Reversed banged car, then write sorry macam got cure. Which CB driver do this?<Reader's Contribution by Wong>
Posted by All Singapore Stuff on Thursday, 23 April 2020
Sumber: All Singapore Stuff