Siakap Keli
Gambar:Abam Botak

“Putih Bersih Mukanya,” Bayi 3 Bulan Meninggal, Ibu Tak Tahan Sebak Untuk Lihat Wajah Anak Kali Terakhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam meniti kehidupan ini, ada sesetengah orang yang diuji dengan tidak bernasib baik dan menghadapi pelbagai kesusahan.

Pun begitu, akan sentiasa ada golongan yang baik dan berhati mulia membantu mereka tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Salah seorangnya adalah lelaki yang dikenali sebagai Abam Botak. Beliau membantu menguruskan jenazah-jenazah beberapa keluarga yang tidak berkemampuan.

Menerusi kiriman terbaru di Facebook, Abam Botak berkongsi mengenai jenazah yang diuruskannya pada ramadan keenam termasuk kisah pilu seorang ibu yang kehilangan anak kecilnya. .

ANAK KECIL

Ramadhan keenam, kisah hari ini dipenuhi dengan kisah si anak kecil.

Semalam, kami sudah selesai mengedarkan baki sumbangan yang ada. Namun, masih ramai yang menyergah whatsapp dan call saya memohon pertolongan.

Kemaafan saya pinta, kami sudah kehabisan barangan. Sudah kami edarkan kepada mereka yang ada dalam senarai kami. Maafkan kami juga kerana tidak mampu penuhi permintaan dan harapan semua kerana kami hanya mampu edarkan apa yang kami ada. Terima kaseh saya ucap pada penyumbang.

Gambar:Abam Botak

Hari ini, ada jenazah bayi berumur 3 bulan kami telah diminta untuk bantu. Alhamdulillah dari awal sampailah akhir, kami diberi keizinan membantu menyempurnakan urusan jenazah. Paling menghibakan, jenazah si kecil ini seolah-olah hanya tidur dengan nyenyak. Putih bersih mukanya. Perginya anak kecil ini telah menyebabkan airmata saya mengalir jatuh.

Gambar:Abam Botak

Bila dipanggil ibunya untuk melihat anaknya kali terakhir, ibunya menolak. Kerana tidak sanggup menanggung kesedihan yang teramat. Syurga untukmu nak. Semoga damailah dikau di sana.

Terima kasih PDRM serta Jabatan Forensik HDOK dan semua yang terlibat, Allah sajalah yang mampu membalas jasa bakti kalian.

Selesai urusan pengkebumian, saya dihubungi oleh seorang ibu yang meminta tolong. Anaknya demam, langsung tiada duit untuk belikan ubat demam.

Gambar:Abam Botak

Oleh kerana lewat petang, kedai sudah tutup, saya berjanji akan belikan ubat esok hari. Saya hanya berdoa dan berharap agar anak itu tiada apa apa malam ini. Saya turut berpesan, kalau ada hal kecemasan, hubungi saya segera bila bila masa.

Abam Botak.
0148333310.
Sandakan, Sabah

#wakafuntuksandakan
#stayatHOME
#kitamestimenang

Sumber: Abam Botak

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa