Siakap Keli

Ramai Masih Berdegil, Polis India ‘Sumbat’ Rakyat Ingkar Dalam Ambulans Bersama ‘Pesakit’ COVID-19

Ramai yang tahu bahawa negara India sangat tegas dalam memastikan penularan wabak COVID-19 agar dapat dibendung sebaiknya.

Antaranya,  sebatan dikenakan kepada rakyatnya yang masih degil kerana tidak berada di dalam rumah.

Terbaru, pihak berkuasa India menggunakan alternatif lain bagi menyedarkan penduduk yang masih degil dengan meletakkan mereka yang ingkar bersama pesakit COVID-19 di dalam sebuah ambulans.

Melalui perkongsian di Instagram media.virals itu, kelihatan tiga orang penunggang motosikal yang ingkar arahan ditahan kemudian dimasukkan ke dalam ambulans oleh pihak berkuasa.

https://www.instagram.com/p/B_XcS1WHpmU/?utm_source=ig_embed

Video yang turut dimuat naik oleh ANI News di laman Youtube itu juga memaparkan ketiga-tiga pemuda itu menjadi takut apabila mendapati ada pesakit COVID-19 di dalam ambulans tersebut.

Jika dilihat, ada yang cuba untuk keluar daripada tingkap ambulans kerana terlalu takut dijangkiti virus itu. Namun, menurut laporan, pesakit yang didakwa dijangkiti COVID-19 itu hanyalah penyamar.

Keadaan tersebut dikatakan berlaku di Tamil Nadu, India. Langkah ini dilakukan untuk memberikan kesedaran kepada penduduk India yang masih ingkar dengan arahan perintah berkurung di negara tersebut.

Gambar: media.virals

Gambar: media.virals
Gambar: media.virals
Gambar: media.virals
Gambar: media.virals
Gambar: ANI News

https://youtu.be/CRdAFjfa-vc

Sumber: media.virals, ANI News

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.