Siakap Keli
Gambar: Asri Ahmad

Sahur Diterangi Lampu Lori, Petugas Kebersihan Bersila Tepi Jalan Nikmati Juadah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak wabak pandemik Covid-19 mula melanda dunia, kita dapat melihat profesion pekerjaan pasukan perubatan dan keselamatan sering diangkat sebagai wira yang sedang berbakti untuk kita semua.

Pun begitu, terdapat satu profesion pekerjaan yang juga sama penting peranannya seperti pasukan perubatan dan pasukan keselamatan yang mungkin kita terlepas pandang. Profesion pekerjaaan yang dimaksudkan itu adalah petugas pembersihan.

Seorang pengguna Facebook bernama Asri Ahmad ada berkongsikan foto yang memaparkan petugas kebersihan sedang bersahur tepi jalan dengan diterangi lampu dari lori.

Di samping itu, dia juga turut menitipkan sedikit pesanan berkenaan petugas pembersihan ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Setiap pagi sekitar jam 4:30 pagi akan kedengaran bunyi kenderaan yang familiar di ikuti dengan gesekan roda tong tong sampah MPAJ.

Mereka lah yang ‘menghilangkan’ sampah sarap, najis, kekotoran, kita semua .

Hidup mereka cari makan … cari makanan sisa-sisa yang kita sentiasa ‘buang-buang’.

Tak kira masa PKP ke atau pun masa ‘bersahur’ pada bulan Ramadhan mereka sentiasa menjalankan tugas dengan bersih nya .

Kerja yang telah di amanahkan pada mereka ‘rain or shine’

The front liners working at the back of our everyday lives.

Gambar: Asri Ahmad

Sumber: Asri Ahmad

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.