Siakap Keli

Selepas Media China, Giliran Badan Penyelidikan Dunia Iktiraf KP Kesihatan & Saintis Malaysia

Kehebatan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memimpin pasukannya di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Kali ini, Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) menzahirkan penghargaan kepada beliau atas sumbangannya dalam kajian mengenai COVID-19.

“Terima kasih tak terhingga kepada Noor Hisham Abdullah atas sokongan dan kepakaran terhadap Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19. Data penyelidikan dan pengalaman para saintis di Malaysia akan memberi manfaat kepada semua.

“Bersama-sama, kita dapat mengalahkan COVID-19,” tulis DNDi dalam satu kenyataan semalam.

DNDi merupakan satu organisasi bukan keuntungan yang menjalankan kajian untuk membangunkan rawatan baru bagi penyakit terabai.

Sebelum ini, media di China telah mengiktiraf beliau sebagai salah seorang daripada tiga orang doktor yang terbaik dan paling cekap di dunia dalam menentang COVID-19.

Di sampingnya adalah Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) and Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Sumber: Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.