Siakap Keli
Gambar: Bernama/Facebook

(Video) ‘Long Tiger’ Sah Ditangkap Polis 2 Hari Lepas – Polis Johor

Putrajaya, 30 April – Seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ disahkan ditangkap semalam.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, lelaki itu ditahan di rumahnya di Muar atas kesalahan memfitnah polis.

“Memang kita ada buat tangkapan pada 28 April, dua hari lepas. Dia ditangkap atas kesalahan memfitnah seorang pegawai polis yang bertugas di jabatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak,” katanya dalam sidang media Polis Johor hari ini.

Tambahnya, Long Tiger bukan warganegara Malaysia dan merupakan pemastautin sementara (bukan pemastautin tetap) yang mengaku dilahirkan di Mentakab, Pahang.

“Individu ini juga ada tiga rekod yang telah disabitkan, satu, Seksyen 363, tahun 2012, disabitkan atas kes culik. Kedua, Seksyen 376, kes rogol, disabitkan kesalahan pada 2012 dan Seksyen 506, ugutan jenayah.

“Banyak rekod jenayah, itulah karakternya,” ujar beliau.

Tegasnya, tiada individu yang kebal undang-undang dengan memegang kad UNHCR.

“Mungkin ada kecenderungan pihak tertentu yang beranggapan jika mereka memegang kad UNHCR, mereka kebal daripada undang-undang. Tidak, tuan tuan. Mereka boleh pegang apa kad pun, tetapi jika melanggar undang-undang, kita akan tangkap,” tegasnya.

Katanya lagi, ada segelintir pemegang kad UNHCR yang terlibat dalam kes pecah rumah.

Dua hari lepas, polis telah menangkap tiga warga Rohingya atas kesalahan memecah rumah di Kulai dengan rampasan hampir RM80,000, tambah beliau.

Sementara itu, tegas beliau, polis Johor turut menangkap pegawai mereka yang didakwa merakam dan menyebarkan video tangkapan Long Tiger pada hari kejadian.

“Anggota kita pun kena tangkap. Tidak ada tolak ansur ya,” kata beliau.

Ucapan bermula pada minit 10:50.

Sumber: Polis Johor

Amira

Love yourself.