Siakap Keli

(Video) Tak Dapat Berkumpul Di Masjid, Tazkirah Ramadan Kini Dihebah Menggunakan Van

Ramadan tahun ini sungguh berbeza suasananya berbanding biasa, di mana kita tidak lagi merasai ‘kemeriahan’ mengimarahkannya dengan aktiviti-aktiviti ibadah.

Namun, kekangan yang disebabkan pematuhan pada pelaksaaan Peritah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah alasan untuk kita tidak boleh menghidupkan Ramadan dengan amalan kebaikan.

Selagi mana ianya bernama ibadah, Allah sendiri tidak pernah meletakkan sesuatu limitasi bagi hamba-hambaNya untuk melaksanakannya.

Maka dengan itu, pihak Unit Bergerak #InfoOnWheels di bawah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjalankan inisiatif menyampaikan tazkirah Ramadan secara bergerak.

Difahamkan, unit ini bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan van untuk menyebarkan kebaikan melalui tazkirah bergerak tersebut.

Antara lokasi tumpuan mereka adalah kawasan penematan penduduk yang ramai, lebih mudah kerana ramai pihak boleh mendengarnya dari kediaman masing-masing.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga turut berkongsi info mengenai hal-hal yang merugikan bagi orang yang berpuasa.

Semoga Ramadan kita tahun ini kekal sama (malah perlu lebih baik) sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Jangan jadikan kawalan pergerakan itu halangan.

Yang dikawal hanya pergerakan, tapi ibadah masih tanpa had, setiap masa sepanjang Ramadan malah selama-lamanya.

Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa.

Sumber: Twitter, Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.