Seorang wanita yang berusia 57 tahun dari Ukraine baru-baru ini telah menjadi tajuk utama berita antarabangsa kerana selamat daripada serangan kejam jirannya yang mabuk.
Mangsa didakwa telah dipukul selama berjam-jam dan kemudian ditanam di tanah perkuburan berdekatan.
Menurut media, Nina Rudchenko, berjaya bertahan setelah dikebumikan hidup-hidup oleh jirannya.
Wanita itu memberitahu polis bahawa dia berada di dalam rumahnya di kampung Maryanske ketika dua beradik berusia 27 dan 30 tahun menyerang dan memukul di kepalanya menggunakan kayu besbol.
Wanita itu mendakwa telah dipukul dengan teruk selama beberapa jam sebelum pengsan dan tersedar di tanah perkuburan.
Nina memberitahu wartawan bahawa dia mendengar kedua suspek bercerita mengenai dirinya apakah dia sudah mati, dan setelah mereka beredar, Nina menggali dirinya menggunakan tangan.
Menurut laporan video stesen berita Ukraine NTN , Nina Rudchenko berjaya melepaskan diri dan merangkak pulang ke rumahnya. Dia ditemui terbaring di lantai oleh kakaknya, dan dikejarkan ke hospital.
Doktor kemudian membuat analisa dan mengesahkan Nina mengalami patah tulang, gegaran otak, dan lebam di wajah serta anggota badan.
Ibu kepada dua suspek walau bagaimanapun menuduh keluarga Nina mencuri dan tidak percaya anak-anaknya menyeksa wanita itu.
Sumber: Odditycentral.com