Kempen ‘Light it Blue’ di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan akan diterangi dengan lampu biru bermula hari ini 30 April sehingga 3 Mei sebagai tanda menghargai petugas barisan hadapan yang berkhidmat dalam mengekang wabak koronavirus (Covid-19).
Beberapa bangunan kerajaan, bangunan komersial dan jalan-jalan tertentu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diterangi dengan lampu biru dari jam 10.30 malam hingga 1 pagi setiap hari, hingga 3 Mei.
Pencahayaan di 38 bangunan di seluruh Wilayah Persekutuan dan kawasan terpilih melambangkan penghargaan orang ramai terhadap barisan hadapan.
Dalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyeru masyarakat untuk menyalakan rumah mereka dengan lampu biru.
https://www.facebook.com/KemWP/photos/a.697078280316595/3204569652900766/?type=3&theater
https://www.facebook.com/dbkl2u/videos/vb.1396477910645371/853336115150640/?type=2&theater
Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan