Siakap Keli
Gambar: Liputan6

Banduan Baru Dibebaskan Didakwa Bakar Rumah Mertua Lepas Isterinya Dipercayai Sudah ‘Tawar Hati’

Misteri terbakarnya rumah di Kampung Batipuh Panjang, daerah Koto Tangah, Kota Padang, Sumatera Barat yang berlaku pada hari Khamis (2/2/2020) sebulan yang lalu akhirnya terbongkar.

Ternyata rumah tersebut telah dibakar oleh seorang bekas banduan yang berusia 46.

Ketua Polis Koto Tangah, AKP Zamri Elfino mengesahkan bahawa rumah tersebut sengaja dibakar oleh seorang bekas banduan.

Difahamkan, suspek baru sahaja dibebaskan daripada penjara selepas menerima pengampunan hasil program asimilasi Corona atau Covid-19.

“Kami telah berjaya menahan seorang suspek berusia 46 tahun yang disyaki melakukan kesalahan jenayah dengan sengaja membakar rumah,” katanya.

Menurutnya, lokasi rumah yang dibakar oleh suspek terletak berdekatan dengan rumah-rumah lain.

Disebabkan itu, ianya berpotensi untuk merisikokan keselamatan masyarakat setempat yang berdekatan.

Zamri Elfino menyatakan bahawa, suspek merupakan seorang bekas banduan yang pernah terlibat dengan kes dadah pada tahun 2013.

“Dia juga merupakan seorang bekas banduan dengan rekod kecurian dengan menggunakan kekerasan pada tahun 2015 serta kecurian biasa pada tahun 2017 dan telah dipenjara di Lapas Klas II A Muaro Padang,” katanya.

Katanya, suspek telah mendapat pengampunan asimilasi daripada kes kecurian yang dilakukan pada tahun 2019.

Dia menjelaskan, rumah yang dibakar oleh suspek tersebut adalah rumah bapa mertuanya, tempat isterinya tinggal.

Suspek nekad untuk membakar rumah mertuanya itu kerana dipercayai ditolak oleh isterinya untuk kembali ke rumah tersebut.

“Isterinya sudah tawar hati dengan suspek, tapi mereka masih belum bercerai,” katanya.

Meskipun begitu, suspek masih berkeras juga untuk kembali ke pangkuan isterinya dan tinggal bersama di rumah.

Namun gara-gara ditolak, suspek akhirnya bertindak nekad membakar rumah tersebut.

Selain daripada rumah mertuanya yang terkesan akibat daripada kejadian tersebut, kebakaran itu juga telah menyebabkan kerosakan kepada dua buah motorsikal yang berada berdekatan semasa kebakaran itu terjadi.

Tak banyak barangan yang dilaporkan dapat diselamatkan daripada kebakaran tersebut.

Kebakaran itu didakwa mula terjadi sekitar jam 8 am waktu tempatan.

Api dilaporkan berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dari Bandar Padang tidak lama kemudian.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa