Siakap Keli
Gambar: Bernama

BNM Perjelas Kekeliruan Berhubung Moratorium

KUALA LUMPUR, 1 Mei  — Bank Negara Malaysia (BNM) berasa kesal atas sebarang kekeliruan yang timbul daripada salah faham, yang sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang ditunjukkan dalam versi awal soalan lazimnya, yang menggunakan beberapa andaian dan kaveat.

“Pihak BNM berasa kesal atas sebarang kekeliruan dan kebimbangan yang timbul ekoran pengumuman yang dibuat. Penangguhan bayaran balik pinjaman/pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam/pelanggan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Tujuan ini masih tidak berubah.

“Kami kemudiannya mengeluarkan contoh pengiraan tersebut daripada ini apabila Institusi Kewangan menyediakan contoh pengiraan mereka masing-masing. Ilustrasi yang kami tunjukkan bukan bertujuan untuk ‘menghilangkan’ caj kadar faedah terakru kepada pinjaman yang diberikan penangguhan bayaran balik,” kata bank pusat.

Kekeliruan yang timbul adalah disebabkan oleh salah tanggapan bahawa jumlah bayaran balik sesuatu pinjaman Sewa Beli tidak boleh diubah, kata BNM dalam senarai soalan lazim yang dikeluarkan hari ini mengenai penangguhan enam bulan sewa beli dan produk pembiayaan Islam berkadar tetap.

Peminjam/pelanggan yang akaun pinjaman Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap mereka menunjukkan penangguhan bayaran balik secara automatik sejak 1 April 2020, akan terus mendapat penangguhan itu sehingga 30 September 2020.

Peminjam/pelanggan dengan Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap yang pada mulanya menerima moratorium ini tetapi kemudiannya menukar fikiran masih boleh berbuat demikian, kata bank pusat.

BNM dalam pengumumannya pada 25 Mac menasihati peminjam bahawa faedah/keuntungan akan terus terakru bagi pembayaran yang ditangguhkan dan mereka perlu menimbang perkara ini dalam memutuskan sama ada mereka mahu mengambil moratorium itu.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa