Siakap Keli

Cikgu Jawab Keluhan Ibu Bapa Terbeban Kerja Sekolah Anak Banyak Waktu PKP

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia telah memberi kesan yang besar termasuk penutupan beberapa organisasi dan institusi termasuk sekolah.

Di Malaysia, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak.

Cikgu Mohd Fadli Salleh telah membincangkan isu ini apabila melihat satu status dipercayai milik ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan kerja sekolah yang diberikan.

Isu ini mula kecoh sehari dua lepas. Isu rungutan seorang ibu tentang kerja rumah yang anak dia kena buat.

Ada orang, serba serbi tak kena. Tak bagi kerja salah, bagi kerja salah. Bagi sikit tak puas hati, bagi banyak dia sakit hati.

Pada aku, benda gini sangat senang solusinya.

1. Berhubung terus dengan guru anak kita dan jelaskan situasi kita dengan sopan dan berbudi bahasa.

2. Tak perlu nak up story, nak up status marah-marah hingga gelar cikgu anak kita bongok, tak cerdik dan seumpamanya.

3. Jika tak mampu buat semua kerja yang diberi, cukup buat takat mana yang mampu. Yang dirasakan cukup untuk anak, yang dirasakan cukup untuk kita agih masa buat kerja lain pula.

4. Jika rasa itu pun berat, maka tak perlu buat langsung. Settle masalah. Bukan cikgu pergi gegar rumah rotan anak kita pun.

5. Jika ada cikgu marah-marah or sindir dalam group wasap kelas, exit group wasap tu. Nanti lepas PKP join semula.

6. Kepada cikgu-cikgu pun, kita tak perlu melantun dan balas balik benda gini dengan kata caci maki. Sebab golongan begini hanya kecil nisbahnya. Abaikan saja.

7. Tak perlu bertikam lidah, marah-marah dan kutuk dia semula. Bulan Ramadan ni jika malas baca Quran, tidak berkata yang buruk pun dapat pahala. Makin dilayan makin panjang cerita.

8. Dan kepada kawan-kawan guru, perlu ada common sense juga jika beri kerja secara online. Bersederhana adalah yang terbaik. Tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit.

9. Kena faham juga bukan semua orang ada printer, bukan semua orang ada access internet, bukan semua orang mampu bersabar dan punyai kemahiran mengajar anak mereka sendiri.

10. Bagi kebebasan pada murid bila mereka perlu siapkan kerja. Jangan bagi duedate yang terlalu rapat dan perlu siapkan cepat. Cukup bagi kerja dan galakkan mereka siapkan.

11. Jika anak murid tak dapat siapkan, bahkan langsung tak buat, tak perlu kecoh-kecoh. Senyum saja. Kita dah laksanakan tugas kita. Terpulang pada ibubapa pula bagaimana hendak laksanakan tanggungjawab mereka semampu mereka.

12. Musim PKP ini ramai orang tertekan. Jadi isu yang kecil pun jadi besar dan mampu mencetuskan perbalahan. Tolong pakat bertenang, usah disimbah minyak pada api yang menyala.

13. Guru-guru jangan patah semangat. Terus mengajar seperti biasa dalam situasi PKP ini. Dan ibubapa jangan cepat melatah. Jika tidak mampu buat dengan pelbagai sebab tak boleh dielak, tak perlu sampai paksa diri sehingga akhirnya kita hilang kawalan dan menghina guru anak-anak kita.

14. Kebanyakan guru-guru dan ibubapa dah cuba buat yang terbaik. Hampir semua orang komited dalam hal pembelajaran anak-anak ini. Teruskan usaha kalian yang sangat murni dan bagus ini.

15. Akhir kata, bila ada isu begini abaikan saja. Ia cuma isu terpencil yang tak perlu pun semua orang melenting. Kita senyum, dan terus buat habis baik.

Dan tolong ingat, kita di bulan paling mulia, bulan Ramadan. Jaga tutur kata, jaga adab susila dan teruslah berbuat kebaikan.

Salam Jumaat.

#StayAtHome
#MFS

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.