Siakap Keli
Gambar :Kalinga TV

COVID-19: 72 Lagi Maut Di India, 1,433 Kes Baharu

NEW DELHI, 1 Mei — Seramai 72 lagi maut di India akibat COVID-19 selain 1,433 kes positif baharu dilaporkan sejak Jumaat, menjadikan jumlah kematian seramai 1,147 orang dan jumlah kes 35,043, lapor agensi berita Xinhua.

“Sehingga 8 pagi (waktu tempatan), hari ini 1,147 kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di negara ini,” menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

Pada Khamis petang, jumlah kes sebanyak 33,610 dan 1,075 orang maut manakala 8,889 pesakit discaj.

“Jumlah kes aktif setakat ini sebanyak 25,007,” menurut kementerian itu.

India mengumumkan sekatan pergerakan pada 25 Mac, yang dilanjutkan sehingga 3 Mei.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story