Siakap Keli
Gambar: Bernama

Hanya 8 Daerah Masih Dikategori Zon Merah, Zon Hijau Bertambah Kepada 92 Bagi Kes Aktif

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan jumlah pecahan kes mengikut negeri setakat jam 12 pm, 30 April 2020.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, hanya tinggal lapan daerah sahaja yang masih dikategorikan sebagai zon merah berdasarkan bilangan kes aktif.

Walau bagaimanapun, jumlah zon hijau dilaporkan telah meningkat kepada 92 daerah. Pertambahan itu membuktikan bahawa langkah pencegahan yang dilaksanakan selama ini semakin menampakkan hasil.

Selain daripada itu, KKM juga ingin memaklumkan bahawa hanya Hulu Langat sahaja yang masih lagi kekal sebagai zon merah di negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin mengingatkan kepada orang ramai agar terus kekal mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini di Malaysia.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa