Berita gembira di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Seekor Harimau Malaya berjaya melahirkan tiga anak di Zoo taiping and Night Safari pada 12 April yang lalu.
Perkara ini disahkan oleh Majlis Perbandaran Taiping dan dilaporkan oleh portal berita Bernama di laman rasmi Facebook mereka. Seperti kita semua tahu, spesis Harimau Malaya sedang diancam kepupusan.
Dengan kelahiran tiga ekor anak ini satu berita baik bagi memulihara spesis ini dari terus diancam kepupusan.
Sumber: Bernama