Siakap Keli

“Ingat Jadi Model Baju Batik, Rupanya Model Kuih-Muih”, Foto Viral Curi Perhatian Menteri

Netizen Malaysia ini terkenal dengan perpaduannya di media sosial.

Baik urusan menularkan (viral) cerita-cerita menarik, berhibur saling berkongsi ‘duka’  di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, memberi ‘serangan gerila’ di media sosial antarabangsa  sehinggalah ‘membawang’, kadar kekreatifan netizen Malaysia memang tidak perlu disangkal lagi.

Terbaharu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menjadi ‘mangsa’ gurauan para netizen.

Setiap hari pada pukul 2 petang, Ismail akan bersiaran secara langsung di kaca televisyen bagi membentangkan laporan terkini mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Namun di sebalik keseriusan menyampaikan laporan, para netizen ‘sempat’ berjenaka dengan menyamakan aneka baju batik yang sering dipakai menteri berkenaan dengan makanan-makanan terkenal di negara ini.

Ada yang diumpamakan seperti minuman jus, aiskrim, kuih apam polkadot, kuih tradisional, kek red velvet dan banyak lagi.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Namun pada hari ini, Ismail melahirkan rasa terhiburnya kerana melihat rakyat Malaysia yang begitu kreatif bergurau mengenai pemakaian baju batiknya.

Menerusi Facebooknya, Ismail menulis;

Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh mueh.

Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pulak.

Terima kasih warga net kerana menghiburkan bukan sahaja saya tapi seluruh rakyat Malaysia.

Selamat berbuka puasa dengan kueh mueh baju saya ya..😄

Gambar: Facebook

Beruntung rakyat Malaysia ada menteri yang sporting dan memahami cara netizen bergurau di media sosial.

Terima kasih Datuk Seri Ismail Sabri kerana sudi melayan karenah kami yang suka berjenaka.

Sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan tekanan di sebalik PKP ini.

Semoga PKP akan berakhir pada masa yang tepat dan selamat. Ameen.

Sumber: Facebook, DakuCing Ku

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.