Siakap Keli
Kredit: Bernama

Isu Hangat Moratorium, Ini Pandangan Peguam Apa Yang Sebenarnya Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Banyak perkara yang tidak dijangka berlaku akhir-akhir ini sejak penularan COVID-19. Hal ini pastinya memberi sedikit sebanyak rasa panik dan tidak senang dalam kalangan orang ramai.

Terbaru, kita menerima berita perubahan dalam isu moratarium.

Jika anda masih keliru dengan isu ini, mari baca penerangan seorang peguam, Nor Zabetha seperti di bawah untuk lebih faham.

Dan tiba-tiba isu Moratorium Sewa Beli kenderaan ini timbul, baru ramai-ramai hendak menarik nafas lega sebab gaji kena potong dan tak mampu bayar kereta atau hendak simpan duit sikit kalau ekonomi masih belum pulih, sekurang-kurangnya ada simpanan.

Bila kita mula-mula paham A dan kemudian tiba-tiba jadi B. Itulah masalahnya. Tambah pula kita dah yakin pasti yang pilihan A itu mutlak, legalah sikit hati ni.

Masa pengumuman asal Moratorium ini, seingat saya termasuk pinjaman rumah dan sewa beli kenderaan. Tidak ada caj faedah dikenakan sekiranya kita pilih option Moratorium 6 bulan. Kan? Boleh google dan baca balik mengikut bank.

Sekarang pula, bagi pinjaman sewa beli dikatakan akan dikenakan faedah selepas Moratorium 6 bulan. Bermakna ada faedah lebih sebab tempoh 6 bulan yang terhenti tu. Bukan free ya.

Ini rumusan dalam berita The Star hari ini berkenaan Moratorium bagi pinjaman sewa beli kenderaan:

1. Ada 2 option bayaran, satu tiada pertambahan faedah dan satu lagi ada :

Option 1- Selepas tamat Moratorium pada Oktober, anda perlu bayar tunggakan yang 6 bulan terhenti secara sekaligus beserta dengan ansuran bulan Oktober. Kira bayar 7 bulanlah. Dengar pun mengigil.

Melainkan duit gaji yang kita patut bayar kereta tu, kita tolak tepi dan tak pakai. Kita jadikan duit ‘back up’, manalah tahu tak cukup hendak beli susu anak atau makan. Alhamdulillah, tak berusik pula sebab strategi kewangan kita bagus.

Memandangkan duit sepatutnya tak berusik itu, bolehlah buat bayar semula ansuran kereta 6 bulan beserta ansuran Oktober nanti. Kalau buat begini tiada faedah tambahan. Lebih untung pilihan ini.

Option 2– Ambil Moratorium 6 bulan. Lepas 6 bulan bayar semula seperti biasa. Faedah yang terhenti 6 bulan tu berjalan dan dikira dalam jumlah hutang yang asal. Bermakna ada jumlah tambahan dari kiraan perjanjian asal kita.

Tempoh pinjaman juga, akan dilanjutkan selama 6 bulan kerana Moratorium yang terhenti. Bermakna kalau 5 tahun, akan jadi 5 tahun 6 bulan. Kalau 7 tahun akan jadi 7 tahun 6 bulan. Kalau 9 tahun akan jadi 9 tahun 6 bulan.

2. Sekarang siapa-siapa yang hendak memilih untuk penangguhan 6 bulan, perlu mengesahkan dengan bank masing-masing sekiranya menerima komunikasi dari pihak bank.

Komunikasi mungkin secara email, surat, maklumat di website atau SMS. Bab yang ini tolong hati-hati, takut ada yang ambil kesempatan menyamar dari bank, minta butiran peribadilah, TAC nomborlah, akaun banklah. Hati-hati. Scammer ramai.

3. Peminjam yang tidak mengesahkan ingin menggunakan Moratorium dengan bank melalui komunikasi dari bank, dianggap tidak berminat dan harus membayar pinjaman berdasarkan perjanjian asal.

4. Sekiranya anda tidak mengambil Moratorium dan anda tidak membayar bayaran bulanan bagi bulan April dan May, tiada caj faedah tambahan atau denda lewat bayar SEKIRANYA anda membayar tunggakan April, May dan Jun sebelum 30 Jun.

5. Denda lewat bayar hanya akan dikenakan pada Julai dan seterusnya.

Demikianlah setakat ini, ikut laporan berita. Berdoa semoga keputusan akhir tidak membebankan. Waktu PKP ini memang banyak keputusan yang berubah-ubah, banyak perlaksanaan yang bertukar-tukar. Kita tunggu dan lihat.

P/s: Yang tidak ambil Moratorium dan bayar seperti biasa. Anda tidak perlu pening-pening tentang pengumuman atau status terkini ini. Bayarlah seperti sediakala dan segala terma dan syarat perjanjian antara anda dan bank terpakai seperti sediakala.

Sumber: Nor Zabetha

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.