Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Kita Perlu Terima Hakikat Dalam Bulan-Bulan Mendatang, Mustahil Mana-Mana Negara Mencapai Angka Sifar-PM

Menerusi perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kita semua perlu menerima hakikat bahawa dalam bulan-bulan mendatang ini, adalah mustahil untuk mana-mana negara mencapai angka sifar dalam jangkitan Covid-19.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan ialah dengan mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jadi, walaupun kita telah berjaya mengawal penularan Covid-19, jangan kita alpa. Teruslah berwaspada. Amalkan tabiat penjarakan sosial, sering membasuh tangan, memakai penutup hidung dan mulut atau ‘face mask’ di kawasan awam dan segera berjumpa doktor sekiranya bergejala,” katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa