Siakap Keli

Lebih 500 Pelancong Dikesan Terkandas Di ‘Syurga Dunia’ Maldives

Lebih daripada 500 pelancong dilaporkan terkandas di Madives yang mendapat julukan paradise on earth atau syurga dunia.

Menteri Pelancongan Maldives, Ali Waheed, memberitahu perkara berkenaan kepada CNN.

Beliau berkata, seramai 100 orang terkandas di lapangan terbang manakala selebihnya di kawasan pelancongan tersebut.

Kerajaan kini dilaporkan sedang membantu para pelancong yang tidak mampu untuk terus tinggal di resort dan chalet.

”Kami percaya mereka (pelancong) juga seperti rakyat kami, mereka adalah orang yang membawa negara ini dikenali  ke tahap sekarang,” kata Ali.

Maldives yang mempunyai antara pantai terindah di dunia menerima hampir 1 juta kedatangan pelancong setiap tahun.

Sumber: CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)