Siakap Keli
Gambar: Bernama

Majikan Dinasihat Laksana Waktu Kerja Anjal, Elakkan Ramai Pekerja Dalam Waktu Yang Sama – PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu Perutusan Khas Perdana Menteri sempena hari pekerja sebentar tadi memaklumkan bahawa majikan dinasihatkan supaya melaksanakan waktu bekerja yang anjal untuk mengelakkan orang ramai bersesak-sesak menuju ke pejabat.

Menurutnya, saranan tersebut wajar dilakukan untuk mengelakkan kesesakan di stesen pengangkutan awam serta di dalam kenderaan awam.

Selain daripada itu juga, beliau turut menasihatkan kepada majikan agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

“Di tempat kerja, majikan mesti periksa suhu badan pekerja setiap hari. Kalau suhu badan tinggi, nasihatkan pekerja supaya balik atau pergi ke klinik dengan segera.

“Pastikan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan di pejabat sentiasa bersih. Elakkan sentuhan atau body contact dengan rakan sekerja yang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengingatkan kepada orang ramai agar jaga keselamatan serta kebersihan diri dan hanya keluar untuk urusan-urusan yang perlu sahaja.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa