Siakap Keli

Negara Rugi Sekitar 2.4 Bilion Setiap Hari Sepanjang PKP – PM

Negara menangung kerugian sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah kerugian yang terkumpul secara keseluruhan setakat ini adalah sekitar RM63 bilion.

”Saya hendak sebutkan di sini bahawa negara kita rugi sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

”Jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion,” kata beliau.

Tambah Muhyiddin, jika Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) terpaksa diteruskan bagi tempoh sebulan lagi, negara bakal menaggung kerugian RM98 bilion secara keseluruhan.

”Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara kita akan kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion,” ujar beliau.

Hari ini, Perdana Menteri atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengumumkan pembukaan semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati bermula 4 Mei 2020.

Menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan tertakluk SOP kesihatan yang ketat kecuali perhimpunan besar yang boleh mendatangkan risiko jangkitan covid-19.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)