Restoran, Penjaja Dan ‘Food Truck’ Dibenarkan Beroperasi Dari Jam 5 Pagi Hingga 12 Malam Bermula 4 Mei

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyatakan bahawa pembukaan semula ekonomi pada 4 Mei 2020 adalah untuk membantu menaikkan semula ekonomi negara  sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan untuk membanteras wabak Covid-19.

Kerajaan membenarkan kepada beberapa sektor perniagaan yang bakal dilaksanakan bermula pada 4 Mei 2020 tertakluk pada syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

SK ingin berkongsi tentang SOP yang bakal digunapakai untuk sektor makanan merangkumi perniagaan berpremis, perniagaan tanpa premis (penjajaan), pasar berbangunan, pasar tanpa premis dan peruncitan.

Waktu operasi dibenarkan untuk sektor pemakanan ini bermula pada 5 pagi hingga 12 tengah malam dengan kapasiti pekerja 100 peratus. Manakala untuk kehadiran pelanggan hanya dibenarkan pada pukul 7 pagi hingga 10 malam.

Perniagaan premis

  • Restoran
  • Medan selera/ pusat penjaja
  • Gerai makan tepi jalan (berbumbung/ kiosk).

Perniagaan/Penjajaan Tanpa Premis

  • Kenderaan saji (food truck)
  • Penjaja Beredar
  • Penjaja Tepi Jalan

Pasar Berbangunan

  • Pasar awam berbumbung
  • Pasar borong (Kuala Lumpur sahaja)

Pasar tanpa premis

  • Pasar segar terkawal

Peruncitan/ serbaneka makanan dan minuman

  • Kedai runcit
  • Pasar raya mini
  • Kedai serbaneka

 

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang