Siakap Keli

TERKINI: Sektor Ekonomi Bakal Dijalankan Semula Secara Terkawal Bermula 4 Mei 2020 – PM

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, mengenai kerajaan membenarkan kepada beberapa sektor perniagaan yang bakal dilaksanakan bermula pada 4 Mei 2020 tertakluk pada syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. (Rujuk minit ke 15:00)

Namun, perniagaan yang melibatkan perhimpunan ramai tetap tidak dibenarkan beroperasi iaitu seperti bazaar Ramadan dan bazar Aidilfitri.

Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Saya katakan hampir semua kerana masih ada kategori dan perniagaan yang masih tidak boleh beroperasi dan ini adalah perniagaan yang melibatkan perhimpunan ramai dan bersentuhan serta penjarakan sosial sukar dikawal.

Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.

Sumber: Sidang Media Perdana Menteri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang