Siakap Keli

(Video) “Panjang Doanya Hancur Iblis, Jin..,” Lelaki Kongsi Detik Berbuka Puasa Bersama Nenek

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, sambutan bulan Ramadan pada tahun ini sememangnya sangat berbeza daripada tahun sebelumnya.

Pun begitu, keadaan ini sebenarnya membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada setiap orang untuk lebih mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Hargailah dan luangkanlah waktu bersama mereka secukupnya agar kita tidak akan menyesal kelak.

Seorang pengguna Twitter, Mkhairulanwarr, mengambil peluang ini untuk menemani neneknya berbuka namun ada detik-detik yang mencuit hati sehingga mendapat perhatian warganet.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya, neneknya dilihat sedang membaca doa berbuka puasa. Menariknya, doa itu sangat panjang sehingga dapat dilihat bahawa ada seorang individu yang tidak sabar untuk membuka periuk nasi.

Perkongsian itu sememangnya mencuit hati warganet dan mereka juga meluahkan rasa rindu untuk berbuka puasa dengan nenek masing-masing.

 

Sumber: Mkhairulanwarr

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa