Siakap Keli

Lebih 10k ‘Likes’, Ini Cara Mudah Nak Simpan Santan Kotak Kalau Tak Habis Pakai, Elak Jadi Basi

Penggunaan santan kotak memang memudahkan tugas apabila memasak. Tetapi, masalah timbul apabila ianya tidak tahan lama selepas dibuka.

Selalunya, jika ada lebihan santan, mesti akan dibuang sahaja kerana sudah basi. Tetapi terdapat cara mudah bagi memstikan santan kotak yang dibeli oleh anda tahan lama.

Meraih lebih 10k likes, perkongsian tips oleh Nelisa Sofea menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), mungkin boleh dicuba oleh anda.

Salam nak share cara simpan santan kotak. Pernah share sebelum ni. Nak share lagi sekali. Musim gaji ni kan hehe.

Saya jenis beli santan kotak yang besar terus sebab lebih jimat. Setengah orang kalau beli santan kotak lepas bukak kalau tak pakai dalam masa 3 hari dah basi santan nya. Ok lepas ni boleh buat macam ni ya..

Bahan diperlukan:

1. Santan

2. Plastik aiskrim

Masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut bajet sekali pakai bila masak. Santan ni pekat jadi packing sikit-sikit pun dah cukup untuk saya..

Lepas dah masuk santan tu ikat dan terus masuk peti bawah. Jangan letak freezer. Letak kat peti bawah. Ambil bila nak masak. Guna je mcm biasa.. pastikan labelkan tarikh luput kat santan tu.. siap.

Sumber: Nelisa Sofea

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)