Siakap Keli

Pernah Disindir Dalam Kelas Tak Pandai Baca Al-Quran, Gadis Gigih Belajar Hingga Berjaya Khatam 2 Kali

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak semua mendapat nikmat yang sangat berharga ini sewaktu di bulan puasa. Ada hikmah di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan ini di mana rata-rata umat Islam dapat meluangkan masa yang lebih banyak membaca al-Quran dan menanam azam di dalam hati untuk khatam di bulan yang mulia ini.

Al-quran adalah satu panduan dalam Islam untuk umatnya. Manfaat membaca al-Quran sangatlah banyak dan menjadi satu motivasi kepada diri seseorang.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis di laman Twitternya, Nur Khadijah Nabilah di mana mengatakan bahawa semasa kecil dia sering disindir rakan sebaya kerana tidak pandai membaca al-Quran. Ikuti kisah ini dan semoga ia menjadi satu pengajaran dan teladan untuk kita semua.

Teringat waktu sekolah rendah dulu. Waktu kena baca surah ramai-ramai dalam kelas, ustaz tegur kenapa tak kuat. Lepastu, ada seorang budak laki ni bangun dan cakap dekat macam ni;

“Alaaa ustaz perempuan semua pemalu dan dia ni bukannya reti mengaji pun”

Malu weh sumpah malu. Korang, Ramadhan ni lah waktu kita nk rebut pahala yang digandakan. Banyakkan ibadah, istighfar, zikir dan sedekah. Stop dari komen benda negatif, aniaya org lain dan sebagainya. Lately ni banyak sangat benda negatif dan ingat ni.

“Speak only when your words are more beautiful than silence.”

Lepastu, bila tanya kawan semua, korang dah juzuk berapa, ada yang cakap dorang dah Khatam Quran dah pun, sekarang nak Khatam kali dua.

Time tu i still terkial kial lagi nak baca Quran. Pergi kelas mengaji tapi macam tu je lah, balik mengaji tak sentuh Quran pun. Bukak bila mengaji je.

Waktu darjah 6 kot, ustazah yang ajar mengaji pindah rumah. Lepastu, susah nak pergi rumah baru dia. So mama dan ayah decide tak payah dah continue sebab dorang tahu yang I dah baca Quran so dorang assume yang i dah reti baca. Lepastu, Quran tak tersentuh dah.

Bila nak hafal ayat hafazan, hafal from kertas Ustazah bagi tu je lepastu dengar kat youtube cara nak baca.

Alhamdulillah, Allah tutup aib i…

Ada sekali kena panggil depan kelas, kena baca surah dalam buku teks. I dah gelabah gila sebab baca sangkut-sangkut tapi Alhamdulillah, Allah tutup aib i, i kena panggil dengan cikgu lain.

Lepastu, kalau kena gilir gilir baca dalam kelas, kawan kawan i akan tolong tulis siap siap dalam rumi supaya senang baca. Kawan macam ni kawan dunia akhirat tau.

Waktu tingkatan 5, popular Quran warna warni, i cakap dekat kawan i, i nak sangat Quran macam tu sebab lawa. Dan kawan i belikan untuk birthday! Happy gila wehhh.

Siap ada handwritten birthday card lagi. Dia pesan at least baca 1 muka surat sehari dan sejak tu, i niat dah akan baca al-Quran min 1 page 1 hari.

Mula-mula tu macam nak give up sebab dah lama gila tinggal Quran. Nak sebut pun susah dan waktu tu i masuk matriks. Waktu awal masuk matriks, dah bulan Ramadhan tak silap. So setiap hari bangun sahur pukul 4-5 pagi macam tu, makan dan sementara tunggu azan, i baca Quran min 1 page dan then study.

Lepas maghrib pun i baca. Mana yang i tak reti sebut, i akan dengar dekat youtube, tak pun dekat apps dekat phone.

Sekarang Alhamdulillah, i baca lancar dah kadang kadang tu ada lah sangkut tapi macam biasa, buka youtube dan dengar. Bulan Ramadhan ni InsyaAllah, i nak khatam Quran 3 kali dah.

Quran dan handwritten birthday card, sis still simpan lagi, elok je macam baru dapat. Ni antara hadiah yang paling bermakna buat sis.

So i nak cakap, jangan sesekali give up. Biar ambil masa lama untuk baca, untuk lancar tapi jangan sesekali tinggalkan Quran.

Sekarang pun ada pelbagai cara nak belajar baca Quran. Youtube, tv, online class dan macam-macam lagi cara lain. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

 

Sumber: nurkhdjhnblh

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)