Siakap Keli
Gambar: mondialnews.com

Singapura Catat Lagi 447 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 17,548

Singapura: Singapura hari ini mengesahkan 447 lagi kes baru jangkitan COVID-19, dengan hanya empat kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyatan hari ini menyatakan majoriti besar kes baru hari ini melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.

Dengan kes baru ini, kenyataan itu melaporkan jumlah keseluruhan kes di negara itu kini 17,548.

Kementerian itu masih menyediakan buritan kes dan akan memberikan kemas kini maklumat, selepas ini.

Dalam data penuh yang diberikan lewat Jumaat, MOH berkata, kluster berkaitan SingPost Center di Eunos Road kini ditutup apabila tiada lagi kes baru yang berkaitan dengannya dalam tempoh inkubasi dua minggu.

Republik itu juga telah mengenal pasti tujuh kluster baru di mana satu daripadanya ‘Tuas South Incineration Plant’ yang kini mempunyai lapan kes yang disahkan.

Sementara kluster terbesar S11 Dormitory @ Punggol sehingga kini mencatatkan sejumlah 2,467 kes yang disahkan.

Daripada jumlah 17,101 yang disahkan pada Jumaat, Singapura mengklasifikasikan 1,211 sebagai kes komuniti, 571 kes import dan 543 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama.

Pekerja asing yang menghuni asrama pekerja, mendominasi 86 peratus kes atau 14,776 kes.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.