Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dilaporkan telah ditutup pada 1 Mei 2020 setelah 30 tahun beroperasi.
Penutupan itu susulan kerja menaik taraf seperti yang dirancang, dan memandangkan wabak Covid-19 yang masih berterusan.
Diumumkan pada awal April bahawa Terminal 2 akan menghentikan operasi sehingga November 2021 untuk menjimatkan kos operasi.
Ini juga disebabkan oleh penurunan drastik dalam trafik penumpang dan kemungkinan permintaan perjalanan udara tidak akan kembali seperti biasa, kata Changi Airport Group.
Pesawat NQ802 yang dikendalikan oleh Air Japan merupakan pesawat terakhir yang berlepas ke Tokyo pada 30 April lalu sekitar jam 6.10 pagi.
https://www.facebook.com/changiairport/posts/10158610762193598?__xts__[0]=68.ARAdS2D6TPLEkCpZrBrwGWrZcGlbvwboaGconB-BJ-iS_3FvXQl4tLu3xVsH2h012L3XPiB7OpirhwM3u9H_OyOfPubv6DHIY2-NgunLZCVyFyinTitoJPkDTD5DblfbkdA6OOU4UbU2_Vl_fHs94A0jwfBjFdqJWXuU-2MyjkPunmpA8VCQuEDfVaQZj5ktqRf6QgD1IcTxtSk5qjw6I-4cd9Cvy6qdxKAKF0UX55yCtAjrF56Qak5dsIybvdPlRFQI6AfRMTH42f30-qUctJofiMX1ZGEH-rT_nE9gx04Q-5rOPaxCn16_Yf4dOymI0w6VrpNQzp0aS96ZAQuM&__tn__=-R
Sumber: Mothership.Sg