Siakap Keli

Wanita Ini Kongsi 5 Petua Mudah Lembutkan Daging, No. 4 Jarang Orang Buat

Sepanjang bulan Ramadan ini pasti ibu-ibu mempunyai banya idea untuk masak juadah berbuka kan? Antaranya masakan yang berasaskan daging tetapi risau jika daging yang tidak masak dengan sempurna dan cara yang tidak betul membuatkan daging menjadi liat.

Untuk menjadikan juada tersebut sedap, korang mesti nakkan daging yang mudah dikunyah dan kembut untuk dimakan. Jadi, hari ini SK ingin berkongsi daripada perkongsian seorang wanita di laman Facebooknya mengenai 5 petua mudah untuk korang praktikkan ketika memasak juadah yang berasaskan daging supaya tidak liat ketika masak.

Tips ni saya dapat dari orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang sakit kepala nak lembutkan daging. Ada juga chef yang bagi petua.

Ada yang guna no 1 tak jadi, dia guna no 2. Ikut mana yang kita selesa ye.

1. Potong daging lawan urat.

Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.

2. Rebus daging sambil tutup periuk.

Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk. Dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.

3. Rebus bersama kurma

Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.

4. Rebus bersama nenas

Nenas kan ‘tajam?’ Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan? Hihi.

5. Rendam bersama soda bikarbonat.

Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh dulu daging sebelum masak.

Ada juga bagi petua masukkan sudu besi sewaktu merebus. Atau gula-gula hacks. Hihi. Boleh juga cuba. Mana tau jadi, kan?

 

Sumber: Awatif Osman

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang