Siakap Keli

Lelaki Dipercayai Mabuk Langgar Sekatan Jalan Raya Di Susur Masuk Plaza Tol Port Dickson

Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban hari ini mengesahkan bahawa semalam, ketika anggota polis melakukan sekatan jalan raya di susur masuk Plaza Tol Port Dickson, sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar sekatan jalan raya tersebut.

Suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Berikut adalah kenyataan penuh dari Ibu pejabat Polis Daerah Seremban mengenai kejadian itu.

Seremban, 2 Mei 2020 – Bukan sahaja perlu berdepan dengan keadaan cuaca tidak menentu serta karenah orang awam, malah wujud risiko kemalangan tidak diduga ketika bertugas.

Itu situasi perlu dihadapi petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu sehingga 12 Mei ini.

Sekatan Jalan Raya (SJR) Covid -19 Balai Polis Mambau, iaitu susur masuk Plaza Tol Port Dickson (SPDH) telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang telah dipandu oleh seorang lelaki berbangsa cina yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

Mujur dalam kemalagan itu anggota SJR sempat mengelak dan tiada kemalangan jiwa berlaku dan dilaporkan.

Suspek telah ditahan polis dan disiasat dibawah Seksyen 186 KK / 279 KK / Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (no. 4) 2020.

Polis IPD Seremban berharap orang ramai yang memandu kenderaan harus peka dengan keadaan sekeliling dan berhati-hati ketika memandu bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Sumber: IPD Seremban

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)