Siakap Keli

Ini Suami Isteri Kena Belajar, 17 Tips Memasak Yang Mungkin Korang Tak Pernah Tahu

Foto: Ayue Jalal

Bagi kaum wanita semestinya selalu memasak untuk keluarga tambah-tambah lagi bila sudah berumah tangga. Pasti pelbagai tips dan petua dijadikan rujukan untuk memudahkan urusan memasak mereka. Petua dapur ini sangat penting untuk sang isteri kerana mereka kaan menyediakan masakan yang sedap-sedap belaka untuk si suami dan anak-anak.

Rasanya tidak salah kalau si suami juga belajar petua dapur yang dikongsikan oleh seorang tukang masak di laman Facebooknya, Ayue Jalal tentang 17 tips di dapur yang mungkin berguna untuk korang semua.

1. Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih

2. Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik

3. Nak sambal merah sedap cantik. Masak lada lama + gunakan gula merah.

4. Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi

5. Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah

6. Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau. Nak masak baru basuh.

7. Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. gila kau

8. Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas, kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun

9. Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih. Masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjiskan air garam atas nasi tu, balik-balikkan nasi tu dan tutup sampak berwap.

10. Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.

11. Nak kopek telur selepas direbus, lepas rebus sejukkan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..

12. Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih utk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… masak sampai garing, ayam grg lebih sedap/garing

13. Nak merangupkan ayam goreng hendaklah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompatlah sekejap kemudian masukkan ayam.

14. Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

15. Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari2 masih elok lagi tahu tu. Jadi, anda pun baru tahu hari ini.

16. Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… sup lebih sedap/pekat tau

17. Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye

Sumber: Ayue Jalal

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.