Siakap Keli

Lebih Sejuta Rakyat China Serbu Kawasan Pelancongan Di Shanghai Sempena Cuti Umum

Lebih sejuta rakyat China dilaporkan membanjiri 130 kawasan tumpuan pelancong di Shanghai selama dua hari iaitu pada Jumaat dan Sabtu lalu sempena cuti umum Hari Pekerja, menurut laporan media tempatan, Agensi Berita Xinhua.

Berdasarkan laporan, Shanghai menerima sebanyak 456,000 pengunjung pada Jumaat dan 633,000 pengunjung pada Sabtu.

Gambar: CNN

Difahamkan, semua pengunjung diharuskan memakai topeng muka, menunjukkan kod QR kesihatan mereka dan suhu badan pengunjung turut diambil untuk tujuan keselamatan.

Peningkatan pelancong ke kawasan tersebut berikutan Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Shanghai mengumumkan pembukaan semula beberapa kawasan utama tumpuan pelancong pada awal minggu lalu, sempena cuti umum di negara berkenaan.

Menurut rekod terkini, China mencatatkan sebanyak 84,388 kes positif jangkitan dan 4,643 kematian.

Daripada jumlah itu, Shanghai mempunyai 536 kes manakala wilayah Hubei yang menjadi tempat penularan wabak mempunyai kes tertinggi sebanyak 67,803.

Sumber: CNN, Xinhua Net

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)