Siakap Keli

Sabah Ambil Keputusan Tidak Laksana PKPB, Teruskan PKP Sehingga 12 Mei – Shafie Apdal

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan Jumaat lepas.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri akan mengekalkan pelaksanaan PKP fasa empat yang berakhir pada 12 Mei ini.

“Saya menyeru rakyat untuk terus mematuhi PKP fasa empat yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB yang akan bermula esok, memberi kebenaran kepada sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi, selain kebenaran kepada beberapa aktiviti lain tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.