Siakap Keli
Kredit: Bernama

COVID-19: Lebih 18,000 Individu Sedang Jalani Kuarantin Wajib Di Seluruh Malaysia- Menteri

Putrajaya, 4 April – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih 18,000 orang kini sedang menjalani kuarantin wajib di seluruh Malaysia.

“Sebanyak 244 pusat kuarantin telah beroperasi semalam berbanding 241 sebelumnya di mana 18,218 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

“Seramai 265 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib.

“Seramai 27, 841 rakyat Malaysia pulang dari luar negara dan telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020, manakala sejak 17 April, 15,393 individu yang dikuarantin wajib telahpun dibenarkan pulang,” kata beliau.

Tambahnya, kepulangan rakyat Malaysia dari Singapura masih lagi pada peringkat 300 hingga 350 orang setiap hari.

“Tiada lagi kepulangan besar-besaran seperti dibimbangi ramai pihak,” katanya.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.