Siakap Keli
Kredit: RapidKL

Hari Pertama PKPB, Gambar Dipercayai Poster Penjarakan Sosial RapidKL Dikoyak

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Rapid KL memuat naik satu perkongsian di facebook dan meminta kerjasama orang ramai supaya bekerjasama dan tidak mengoyakkan poster yang dipasang pihaknya.

Menurut perkongsian RapidKL, satu kertas dipercayai poster untuk mengingatkan para penumpang tentang penjarakan sosial telah dirosakkan dan ditinggalkan di tempat duduk.

“Poster itu di situ ada sebabnya. Dan sebabnya adalah untuk keselamatan. Tolong bekerjasama dengan kami. Tolong jangan koyak. Kita dalam krisis ini bersama.

“Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Patuhi SOP yang telah ditetapkan. Kita… jaga kita,” tulis laman itu.

RapidKL turut mengetag Kementerian Pengangkutan pada kiriman berkenaan disertai tanda pagar #KitaMestiMenang.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan PKPB di seluruh Malaysia yang membenarkan syarikat-syarikat dan perniagaan beroperasi.

Pengangkutan awam juga dibenarkan beroperasi dengan pengamalan penjarakan sosial, di mana kenderaan awam hanya boleh membawa separuh jumlah penumpang dari kapasiti sebenar.

Kelonggaran ini adalah demi mendatarkan lekuk ekonomi yang terjejas sejak penularan COVID-19, sekaligus meningkatkan ekonomi rakyat yang terhimpit disebabkan krisis ini.

Jadilah rakyat yang bijak dan bersyukur.

Sumber: RapidKL

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.