Siakap Keli

Isteri Anak Sambut Ulangtahun, Abah Bawak Surat Diberhentikan Kerja

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebakan perubahan 360 darjah bagi meneruskan kelangsungan hidup buat seluruh rakyat Malaysia akibat wabak Covid-19.

Kebanyakan syarikat telah menggunakan inisiatif work from home (bekerja dari rumah) bagi mengekang penularan Covid-19.

Namun, ada juga pekerja yang berdepan tempoh sukar sehingga ada syarikat terpaksa memotong pembayaran gaji, malah ada yang mendakwa diberhentikan khidmat secara serta-merta.

Terbaru, menerusi sebuah perkongsian oleh Fedtri Yahya. Beliau membicarakan tentang rintihan seorang lelaki yang baharu saja diberhentikan kerja ekoran wabak yang menular kini.

 

View this post on Instagram

 

. Hari jadi sepatutnya bermakna, tetapi diuji berita merana . Ditamatkan kerja umpama taufan, tak kuat jiwa rebahlah badan . Anak menanti di muka pintu, gusar dan hiba sembunyi pilu . ‘Happy birthday’ lagu bahagia, di benak fikiran bernyanyi duka . Anak bertepuk menari riang, namun gelap hari yang malang . Tak lama lagi bertamu lebaran, duit tersisa mampukah bertahan . Kaum jutawan mungkin tak faham, golongan bawahan terlebih hadam . Jika bujang mampu berlenggang, ada keluarga berfikir panjang . PKPB masih terpatri, sudah banyak yang berbunyi . Tiada lagi niat berhibur, gaya hidup dah lama lebur . Dalam fikiran hanyalah survival, agar poket kembali tebal . Kala dikenang dugaan bertimbun, juadah dimakan terasa racun . . . #happybirthdaysyahdu #terasaracun #fedtriyahya #menikamdenganpuitis #perintahkawalanpergerakan #ramadan

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on


Sumber: Fedtri Yahya

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra