Mungkin ada sesetengah daripada kita dah tak larat nak duduk rumah sebelum ni. Tak sabar-sabar nak tunggu PKP ni habis, nak jalan-jalan macam dulu balik.
Hari ni, hari pertama kita dibenarkan keluar tapi bersyarat. Ada yang lega, ada juga yang susah hati bimbang dijangkiti.
Situasa ni bukan je dirasai kita manusia, haiwan pun seolah-olah tarik nafas lega.
Gambar dua ekor kucing ‘ambil angin’ depan pintu rumah tarik perhatian ramai di Twitter.
Dia punya amik udara luar tu, macam dia lah yang kena quarantine. pic.twitter.com/BDOXNrWWbN
— F (@frdsh_) May 3, 2020
“Dia punya amik udara luar tu, macam dia lah yang kena quarantine,” kata pemiliknya itu.
Namun, apa yang lucu adalah kucing tersebut sebenarnya tidaklah menjalani tempoh kuarantin, tetapi diberikan kebebasan oleh pemiliknya untuk keluar setiap hari sekurang-kurangnya 1 jam.
FYI, I memang bagi dorang keluar everyday (at least 1 hour depending on my time). Because cats are naturally curious. Tapi kena monitor lah (because Im a strict dad!). Kalau dorang gi memana, aku pun ikut jelah dorang. 😂 pic.twitter.com/HVZGQjSnk8
— F (@frdsh_) May 3, 2020
Menurut pemiliknya lagi, Mukhsin antara kucing-kucingnya yang susah untuk pulang hampir setiap hari. Mukhsin juga akan mula buat perangai jika disuruh pulang.
“Suruh balik nanti dia emo. Pastu bila emo dia lempang Mueez (salah satu kucingnya). Perangai,” ujar pemiliknya lagi.
Kalau dah dapat berjalan & paling susah nak balik adalah Mukhsin. Suruh balik nanti dia akan throw tantrum. 🙄 Every single day. pic.twitter.com/wCLTpQnfee
— F (@frdsh_) May 3, 2020
Suruh balik nanti dia emo. Pastu bila emo dia lempang Mueez. Perangai. pic.twitter.com/HLLWGZBWrx
— F (@frdsh_) May 3, 2020
Mueez selalu blur2 je sebab kena lempang bila Mukhsin emo kena balik rumah. pic.twitter.com/ZLxE4Z3aHS
— F (@frdsh_) May 3, 2020
Mueez selalu blur2 je sebab kena lempang bila Mukhsin emo kena balik rumah. pic.twitter.com/ZLxE4Z3aHS
— F (@frdsh_) May 3, 2020
Sumber: @frdsh_