Siakap Keli

“Saya Bukan Wanita Pertama Yang Bekerja Dalam Projek ‘Nano-Satellite’ NASA” – Dr. Amani Salim

Sebelum ini tular mengenai seorang anak Malaysia, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim atau lebih dikenali sebagai Dr. Amani Salim yang dikatakan wanita pertama yang bekerja dalam projek nano-satellite NASA.

Selain itu, beliau juga dilaporkan  menjadi ketua kepada 28 saintis NASA. Namun, baru-baru ini Dr. Amani Salim  tampil menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan laporan berkenaan.

Berikut penjelasan Dr. Amani Salim melalui akaun Twitter miliknya.

“Di sini saya ingin memperbetulkan beberapa fakta yang tular di media sosial mengenai diri saya,” kata Dr. Amani

1. Saya bukan wanita pertama yang bekerja dalam projek nano-satellite NASA.

2. Saya tidak memimpin 28 saintis NASA, saya adalah Penyelidik Utama dan memimpin science payload development. Dalam misi NASA, kami tidak mempunyai pemimpin, kami mempunyai Pengurus Projek, Pengurus Program, Chief Technologist, dan Penyelidik Utama.

“Kami tidak bekerja seperti projek yang diberikan dari sistem geran Malaysia di Malaysia. Misi ini terlalu besar tanggungjawabnya untuk mempunyai seorang pemimpin.”

3. 28 saintis NASA adalah jumlah nombor yang hanya direka untuk menunjukkan ramai yang terlibat dalam misi, kami sebenarnya tidak tahu berapa banyak yang terlibat menghasilkan roket, memastikan pelancaran berjaya dan lain-lain.

“Apa yang dapat dipastikan ialah saya tidak memimpin orang-orang itu, saya bertanggungjawab ke atas muatan sains dan bekerjasama dengan NASA Ames bagi design payload untuk mengintergrasikan ke dalam tin,” katanya lagi.

4. Saya tidak bekerja di NASA sebagai seorang pekerja, saya di Universiti Purdue dan dilantik untuk memimpin science payload sebagai Penyelidik Utama kerana ketua saya memegang jawatan yang lebih besar di NASA.

5. Ada dua orang yang bekerja untuk menghantar makmal pada sensor cip bagi payload, dan mereka adalah pelajar PhD, Joon Park serta saya. The lab on a chip centrifuge sensor adalah kunci kejayaan SporeSat dan kami merancang, membuat, dan menguji sensors hard work namun bahagian ini tidak diberitahu dalam berita sedangkan ianya merupakan komponen yang paling penting.

6. SporeSat bukanlah sebahagian daripada misi ke Mars. SporeSat mendukung misi NASA yang lebih besar di ‘Space X 3’. Misi itu adalah misi bekalan komersial ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

“Fakta mengenai SporeSat terdapat di laman web NASA. Google adalah rakan anda,” tambah Dr. Amani lagi.

Sumber: Dr. Amani Salim 

Adib Mohd

Nur Farra