Fokus pihak berkuasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini adalah pada penguatkuasaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Akta Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342 masih lagi berkuatkuasa sehingga kini.
“Ramai yang terkeliru seolah-olah akta di bawah 342 ini tidak lagi berkuatkuasa, PKPB (yang kita panggil PKP5) ini sama seperti PKP-PKP yang lain.
“Dan hukuman di bawah akta ini tetap sama, iaitu kompuan tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.
Menurutnya, jika ada individu yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut, maka tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka.
“Pemilik premis yang gagal mematuhi peraturan atau SOP turut boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah akta yang sama dan perniagaan mereka boleh ditutup.
“Statusya sama sahaja, walaupun namanya bertukar daripada PKP ke PKPD,” jelasnya lagi.
https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/videos/1433123020193619/
Sumber: RTM