Siakap Keli

(Video) Bayi Trauma Ditarik, Diseret ‘Topeng Monyet’

Topeng monyet adalah kesenian tradisional yang dikenal di pelbagai daerah di Indonesia. Pertunjukan topeng monyet juga dapat dijumpai di India, Pakistan, Thailand, Vietnam, Tiongkok, Kamboja, Jepang, dan Korea.

Jenis kesenian ini melibatkan seorang pawang yang melatih monyetnya untuk melakukan berbagai aktiviti yang meniru tingkah laku manusia, misalnya mengenakan pakaian, berdandan dan berbelanja.

Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak telah ditarik dan diseret oleh seekor topeng monyet.

Pun begitu, monyet yang menyerang kanak-kanak tersebut dikatakan bukan monyet yang liar tetapi monyet yang telah dilatih dan digunakan sebagai pertunjukan jalanan.

Menurut Sahabatsurga, video tersebut dirakam oleh salah seorang penduduk kampung di Tanjung Sari, Sukomanunggal, Surabaya Barat, Indonesia dan berlaku pada 2 Mei yang lepas.

Sebelum insiden itu berlaku, terdapat sekumpulan kanak-kanak berada dekat dengan pertunjukan monyet tersebut diadakan. Jika dilihat, monyet tersebut sedang membuat pertunjukan dengan menggunakan motosikal kecil dan bergerak ke arah kumpulan kanak-kanak terbabit.

Monyet itu secara tiba-tiba menarik salah seorang kanak-kanak yang sedang duduk diatas sebuah kerusi dan kemudian mengheretnya di atas jalan sebelum dihalang oleh penduduk di kawasan itu.

Difahamkan bahawa kanak-kanak terbabit mengalami trauma dan pertunjukan monyet tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampung itu. Insiden tersebut juga telah diselesaikan secara baik.

Gambar: Sahahbatsurga
Gambar: Sahahbatsurga
Gambar: Sahahbatsurga

Sumber: Sahabatsurga

Adib Mohd

Nur Farra