Siakap Keli
Kredit: Bernama/Facebook JPJ

Boleh Perbaharui Lesen Kenderaan Motor & Lesen Memandu Kenderaan Persendirian Di Pejabat Pos – JPJ

Putrajaya, 5 Mei – Orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu kenderaan persendirian di Pos Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, kebenaran itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri yang ingin membenarkan semua sektor ekonomi mula beroperasi 4 Mei semalam.

“JPJ telah memberikan kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian.

“Ini adalah selaras dengan pengumuman PKPB oleh YAB Perdana Menteri bagi membenarkan semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi semula bermula 4 Mei 2020,” tulis kenyataan terbabit.

Sementara itu, kaunter JPJ hanya dibuka untuk urusan kenderaan perdagangan bagi beberapa jenis urus niaga sahaja.

Pelaksanaan urus niaga secara berperingkat akan dilaksanakan bagi mengurangkan risiko penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara ini.

Pun begitu, orang ramai masih boleh memandu kenderaan jika cukai jalan atau lesen tamat tempoh buat masa ini. Hal ini kerana pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu masih berjalan sepanjang tempoh PKP.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.