Siakap Keli
Gambar: Metro

Dipercayai Berusia Sekitar 120 Tahun, Lelaki Dakwa Temui Terowong Rahsia Di Bawah Rumah

Sebuah terowong yang besar dan berabad-abad tahun lamanya telah didakwa ditemui terkubur di bawah rumah seorang lelaki bernama Jake Brown yang terletak di Plymouth, England.

Jake sedang membaik pulih rumah yang baru dibelinya itu ketika dia menyedari bahawa terdapat satu dinding di bawah kediamannya mempunyai struktur berbeza daripada yang lain. Dia kemudiannya menebuk dinding tersebut untuk melihat dengan lebih dekat apa yang terdapat di sebalik dinding itu.

Tidak lama kemudian, dia dipercayai telah menjumpai sebuah terowong yang dipenuhi dengan barang-barang lama yang bertarikh awal tahun 1900-an, dan sebuah surat khabar yang didakwa berusia lebih dari 50 tahun.

“Setelah saya menebuk dua lubang pada dinding itu, satu bertujuan untuk melihat, satu lagi untuk menyuluh lampu, saya mengintai ke arah sebuah lubang lagi yang gelap dan berhabuk lalu mendapati bahawa itu sebenarnya adalah satu gua yang lain.

“Gua tersebut mempunyai banyak sampah daripada manusia dari era lain, jadi saya memutuskan untuk masuk ke dalamnya dan menjelajah untuk melihat secara lebih dekat. Saya mengukur luas ruang yang terdapat dalam gua itu serta memerhatikan struktur asasnya.

“Saya lega apabila melihat batu siling gua itu dalam keadaan baik dan hamparannya dalam ukuran yang selamat iaitu 5 meter dalam, tinggi tiga meter, dan lebar sebanyak tiga meter.”

Selain botol dan tin cat, penemuan terbesar Jake adalah surat khabar, yang katanya hampir hancur apabila disentuhnya.

Tambahnya: “Terdapat sedikit petunjuk; gaya penulisan, tiada warna, gaya gambar, mata wang dan akhirnya tarikh.

“Apa yang hampir tidak dapat dibaca adalah tahun 1964, ini bersama dengan bukti lain yang ditemui, yang membawa maksud bahawa ruang bawah tanah ini telah tersekat selama lebih dari 50 tahun.”

Berbekalkan bukti, Jake kemudiannya menghubungi seorang rakan yang juga seorang ahli sejarawan bernama Richard Fisher.

Richard berkata: “Seluruh kawasan itu sebelum ini adalah bukit besar yang dikenali sebagai Windridge Hill. Ianya telah digali dengan begitu dalam, kemudiannya kawasan perumahan didirikan di kawasan itu lengkap dengan ruang bawah tanah.

“Saya pernah melihat tempat sebegini dijadikan tempat untuk menyimpan wain serta menanam cendawan,” ujarnya.

Sumber: Metro.UK

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa