Siakap Keli
Gambar: The Edge Markets

Kes Positif COVID-19 Di Indonesia Lepasi Angka 12,000, Kematian 872

JAKARTA, 5 Mei  — Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 12, 071 kes, dengan tambahan 484 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, ketika ini terdapat 26,408 pesakit masih dalam pengawasan virus itu.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, berlaku lapan lagi kematian, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 872 orang,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Achmad Yurianto berkata, jumlah mereka yang sembuh dari virus itu setakat ini seramai 2,197 orang.

Sumber: BERNAMA

Adib Mohd