Siakap Keli

PKPB Hari Pertama, Kerajaan Bangga Rakyat Berjaya Amalkan Norma Baharu & Patuhi SOP

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam didapati berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditunjukkan oleh ramai pihak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keadaan pada hari pertama ia dilaksanakan adalah tidak huru-hara seperti yang dibayangkan.

Malah menurutnya, kebanyakan premis, restoran, pasar raya sehinggalah pengangkutan awam, semuanya berjaya mematuhi SOP yang dikeluarkan.

“Ini menunjukkan norma baharu itu telah mula diikuti dan menjadi budaya oleh rakyat kita.

“Seperti yang saya sebutkan, kawalan kendiri atau self regulation amat penting bagi menjaga kepentingan kesihatan kita, dan perkara ini sedang diamalkan oleh sebahagian rakyat.

“Jika kawalan kendiri ini diteruskan, saya percaya kita dapat mengekang penularan COVID-19 ini walaupun kelonggaran telah mula diberikan oleh pihak kerajaan.

“Oleh itu, saya mewakili pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang mula mempunyai kesedaran dan mampu untuk membuat kawalan kendiri ini bagi memastikan COVID-19 dapat disekat penularannya,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 5.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.